Senheng merupakan salah satu syarikat jual-beli barangan elektronik yang terkenal. Dibawah mereka, terdapat beberapa penawaran, termasuk baru-baru ini mereka telah mengasingkan sebuah bahagian khusus yang memfokuskan pembangunan ekosistem disebalik aplikasi Senheng.
Selari dengannya, sejumlah perkhidmatan telah diperkenalkan, dan bakal hadir tidak lama lagi adalah S-Food yang memfokuskan kepada penghantaran makanan.

Bermula 1 November kelak, melalui aplikasi Senheng, tab khas dinamakan S-Food akan disediakan. Pengguna boleh lakukan tempahan makanan melaluinya, dan penghantaran akan dibuat terus ke lokasi anda.
Berbeza dengan perkhidmatan seperti GrabFood dan FoodPanda yang mempunyai penghantar makanan sendiri, untuk Senheng S-Food, mereka bergantung kepada beberapa penyedia perkhidmatan penghantaran pihak ketiga lain yang terdapat di pasaran.
Selain itu, S-Food juga mengambil yuran platform yang rendah berbanding penyedia lain.

Bagi anda yang berminat, boleh memuat-turun aplikasi Senheng hari ini, dan mencuba perkhidmatan yang disediakan, serta menantikan 1 November untuk mencuba S-Food ini kelak.