Carian
Telegram Mengatakan Akan Berkongsi Pendapatan Dengan Pemilik Saluran
October 27, 2021 Aman

Telegram kini telah memulakan ujian pengiklanan berbentuk “Sponsored Messages” pada platform mereka. Melaluinya, iklan akan dipaparkan pada saluran Telegram satu-ke-ramai (dimana hanya perkongsian mesej daripada satu pihak saja tanpa interaksi luar).

Selari dengannya juga, Telegram turut mengatakan akan berkongsi pendapatan dengan pemilik saluran yang terlibat.

Telegram Sponsored Mesej

Menurut Telegram, sebaik sahaja mereka dapat meliputi kos operasi asas, mereka akan berkongsi pendapatan iklan bersama pemilik saluran – yang mana memaparkan iklan “Sponsored Messages” berkenaan.

Buat masa ini, info penuh berkaitan dengannya masih tidak diketahui. Tetapi, dengan langkah ini, tidak mustahil kita melihat lebih ramai penerbit kandungan ke platform Telegram dalam mempelbagaikan lagi penjanaan wang masing-masing.

Komen