Cari @ Amanz

Oppo sebelum ini sedia hadir dengan Oppo A95 5G di China. Ia merupakan sebuah lagi peranti pintar yang dilengkapi cip MediaTek Dimensity 800U dan tri-kamera dengan sensor utama 64-Megapixel.

Namun kini, timbul pula desas-desus baharu yang mengatakan Oppo A95 versi 4G pula dijangka diperkenalkan tidak lama lagi. Ia berikutan terdapatnya markah penanda aras Geekbench untuk sebuah peranti misteri Oppo CPH2365 telah tertiris.

Penyenaraian menunjukkan ia mungkin dijana cip dengan kod nama bengal yang mana berkait rapat dengan Snapdragon 662. Selain itu, ia turut menunjukkan sokongan memori 8GB RAM dan menjalankan Android 11.

Pada masa sama, kutipan markah penanda turut menunjukkan peranti mendapat sebanyak 312 mata untuk ujian satu teras dan 1,274 mata untuk ujian pelbagai teras. Ini sahaja maklumat yang diketahui pada waktu ini. Bagaimanapun, bagi menentukan sama ada benar atau sebaliknya dakwaan ini. Sama-sama kita nantikan perkembangan lanjut mengenainya.

Sumber : Gizmochina

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd