Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman kini berkongsi mengatakan sebanyak 15,935 kes penipuan atas-talian telah dilaporkan dalam tempoh sembilan bulan pertama tahun ini.
Penipuan ini membawa kepada nilai kerugian berjumlah kira-kira RM380 juta. Antara penipuan yang terlibat adalah termasuk African Scam, Macau Scam, Pinjaman Tidak Wujud, Pelaburan dan juga edagang.
Peningkatan penipuan atas-talian ini agak merisaukan, dan memperlihatkan ramai masih mudah terpengaruh dengan modus operandi sindiket penipuan. Kes penipuan atas-talian sendiri merekodkan peningkatan sebanyak 60.6% sejak 10 tahun kebelakangan ini.
Selari dengannya, pihak Polis akan mengadakan kempen dalam mendidik dan mencegah jenayah komersial bermula November ini. Pada masa yang sama, orang ramai turut diminta menggunakan aplikasi seperti Semak Mule untuk mengelak menjadi mangsa penipuan atas-talian.