Carian
Samsung Menawarkan Tizen OS Kepada Pengeluar TV Lain
October 28, 2021 Effi Saharudin

Tizen OS ialah sistem operasi televisyen pintar dengan jumlah pengguna terbesar pada waktu ini kerana dominasi Samsung dalam pasaran ini. Walaupun mendapat persaingan dari Android TV, webOS dan Roku, Samsung masih di hadapan kerana sistem operasi ini turut berfungsi dengan telefon pintar mereka serta kelengkapan berhubung IoT.

Samsung SUHD TV Malaysia

Di acara Samsung Developer Congress, Samsung mengumumkan mereka akan menawarkan Tizen OS kepada pengeluar TV lain yang berminat. Mereka hanya perlu membayar lesen kepada Samsung untuk menggunakan sistem operasi dengan sokongan aplikasi yang baik. Samsung mengambil langkah ini selepas LG turut menawarkan webOS kepada syarikat lain yang berminat.

Komen