Honor X30i 5G Diumumkan Dengan Cip MediaTek Dimensity 810, Kamera 48MP

Diterbitkan pada Okt 28, 2021. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Seiring pengenalan Honor X30 Max 5G, terdapat sebuah lagi peranti baharu yang turut diumumkan. Ianya adalah Honor X30i 5G yang merupakan sebuah peranti lengkap dengan reka bentuk berkotak. Di samping, binaan yang nipis dengan ketebalan sekitar 7.45mm.

Untuk spesifikasi khusus, Honor X30i dilengkapi skrin berukuran 6.7-inci LCD beresolusi FHD+ (2388 x 1080 piksel) dengan kadar segar semula 90Hz. Cip MediaTek Dimensity 810 digunakan dengan padanan GPU Turbo Link X untuk pengalaman permainan yang optimum. Sokongan memori pula adalah sehingga 8GB RAM dan storan dalaman sehingga 256GB.

Seterusnya, bateri sebesar 4,000mAh dengan sokongan pengecasan pantas 22.5W turut disertakan. Kamera utama pula adalah 48MP + 2MP + 2MP dan kamera swafoto adalah sebesar 8MP. Lain-lain spesifikasi termasuklah – menjalankan Magic UI 5.0 berasaskan Android 11, bluetooth 5.1 dan sebagainya.

Untuk harga, Honor X30i 5G dijual pada RMB1,399 (~RM907) (6GB+128GB), RMB1,699 (~RM1,101) (8GB+128GB) dan RMB1,899 (~RM1,231) (8GB + 256GB).

Sumber : Honor China

Komen sekarang

komen

© Amanz / 2021 Kami