Facebook ini dikenali sebagai Meta bagi menujukkan hala tuju syarikat yang akan memberikan tumpuan lebih tinggi kepada pembangunan duniameta (metaverse). Sementara menanti duniameta Horizon World, dan Horizon Home dibuka kepada orang ramai, di acara Facebook Connect pagi tadi Mark Zuckerberg melakukan kejutan dengan mengumumkan Grand Theft Auto : San Andreas versi realiti maya sedang dibangunkan untuk Oculus Quest 2.

Menerusi versi realiti maya ini, pengguna boleh menyelami dunia San Andreas dari pandangan pertama dan menggunakan tangan sendiri untyk mengawal watak permainan. Tiada visual tangkapan layar permainan ditunjukkan cuma logo sahaja diperlihatkan. Walaupun ia dibangunkan untuk Quest 2, ia kelak akan ditawarkan pada pelbagai peranti realiti maya dan terimbuh yang sedang dibangunkan oleh Meta bagi menjayakan platform duniameta mereka. Seperti kata CJ dalam permainan ini, “masa untuk melakukannya sekali lagi” tetapi dalam duniameta.