Cari @ Amanz

Selari dengan penjenamaan syarikat disebalik Facebook, Instagram dan Whatsapp kepada Meta, mereka turut mengumumkan perubahan kepada penjenamaan Oculus.

Mark Zuckerberg sedia mengatakan syarikat akan memfokuskan ke arena alam meta, dan dengan penjenamaan ini memudahkan lagi pengguna mengenalinya dan memposisikan syarikat sebagai peneraju penawaran alam meta.

Dengan itu juga, jenama Oculus yang terkenal dengan penawaran produk realiti maya dan realiti terimbuh, kini aka digugurkan, dan digantikan dengan Meta.

Bergerak kehadapan, Oculus Quest akan dijenamakan kepada Meta Quest, sementara aplikasi Oculus App akan dikenali dengan nama Meta Quest App. Perubahan ini akan berlaku pada awal 2022 kelak.

Facebook Portal juga akan melalui penjenamaan sama, da akan dikenali dengan nama Meta Portal selepas ini.

Meta turut menyasarkan untuk membawa sekitar 1 bilion pengguna ke arena realiti-maya, sekaligus memastikan penjenamaan dan penggunaan semuanya adalah selari.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd