Cari @ Amanz

Kerajaan sedia menyentuh berkenaan pelaksanaan Identiti Digital Nasional sebelum ini. Berkongsi lanjut berkenaan dengannya, kerajaan melalui Belanjawan 2022 mengatakan pelaksanaan projek Identiti Digital Nasional akan dimulakan pada tahun 2022.

Identiti Digital Nasional ini diterangkan sebagai satu platform pengesahan pengenalan diri bagi membolehkan kesalinghubungan pelbagai sistem transaksi untuk memudahkan pengguna berurusan secara digital dengan selamat.

Sistem identiti ini dijangka akan digunakan meluas menjelang 2024 kelak, dan ia turut ditekankan yang mana MyDigital ID ini bukanlah pengganti MyKad, sebaliknya untuk memperkukuhkan sistem identiti dan pelengkap untuknya.

© 2023 Amanz Media Sdn Bhd