Apple : Macbook Tawar Touch ID Dan Bukan Face ID, Kerana Tangan Pengguna Sedia Atas Papan Kekunci

Diterbitkan pada Okt 30, 2021. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Baru-baru ini Apple telah memperkenalkan MacBook Pro baru yang hadir dengan cip Apple tersendiri yang berkuasa, selain turut menawarkan rekaan bertakuk. Walaupun hadir dengan rekaan bertakuk, Apple masih tidak menyertakan ciri Face ID pada komputer riba terbaru mereka.

Bercakap mengenainya, melalui WSJ, pihak Apple mengatakan pada komputer riba, pengguna sedia selesa dengan meletakkan tangan pada papan kekunci – sekaligus membuatkan akses Touch ID lebih mudah dan selesa.

Apple agak konsisten dalam mesej mereka terhadap penggunaan takuk, dan lebih menekankan ia menawarkan ruangan skrin lebih luas.

Dengan komen terbaru ini, mungkin kita tidak akan mendengar spekulasi berkaitan Face ID pada Mac buat sementara waktu ini.

Komen sekarang

komen

© Amanz / 2021 Kami