Cari @ Amanz

Apple telah menghentikan jualan iMac 21.5″ dengan cip Intel minggu lalu. Pada waktu ini ia tidak lagi ditawarkan menerusi kedai atas talian rasmi mereka tetapi masih boleh dibeli menerusi rangkaian kedai pihak ketiga selagi stok masih ada. Secara rasmi Apple hanya menawarkan iMac 24″ dengan cip M1 dan iMac 27″ dengan cip Intel. Selama ini iMac 21.5″ ditawarkan sebagai model desktop paling mampu milik mereka bagi tujuan pendidikan.

Secara perlahan-lahan Apple mula menghentikan jualan produk dengan cip Intel mereka. Pada bulan Mac yang lalu, jualan iMac Pro dihentikan walaupun ia baru dilancarkan dua tahun sebelumnya sebagai iMac paling berkuasa. Prestasi yang lebih tinggi, penjimatan penggunaan kuasa, pengeluaran haba lebih rendah dan kawalan lebih ketat terhadap perkakasan menyebabkan cip Apple Silicon menjadi keutamaan Apple sekarang.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd