Carian
Whatsapp Kini Mengintegrasikan Penjenamaan Meta Pada Aplikasi
November 2, 2021 Aman

Whatsapp kini dilihat telah pun mengemaskini penawaran aplikasi mereka, dan mula menggunakan penjenamaan Meta menggantikan penjenamaan Facebook sebelum ini.

Seperti ramai sedia maklum, syarikat disebalik Facebook telah dijenamakan semula sebagai Meta – dengan fokus terhadap dunia alam meta.

Dengan perubahan ini, Facebook, Instagram dan Whatsapp kini beroperasi dibawah syarikat bernama Meta. Selari dengannya juga, aplikasi masing-masing telah mula menyertakan logo Meta.

Komen