Carian
Beats Powerbeats, Solo Pro Dan EP Tidak Lagi Dijual
November 2, 2021 Effi Saharudin

Dengan pelancaran Beats Fit Pro malam tadi, tiga produk lama iaitu Beats Powerbeats3, Solo Pro dan EP telah dihentikan jualannya. Ini ialah tindakan yang biasa dilakukan oleh Apple selepas sesebuah produk baharu ditawarkan.

Pada waktu ini di Malaysia jika carian produk Beats dilakukan pada laman Apple, hanya Beats Studio Buds, Beats Flex, Powerbeats Pro, Beats Studio3, Beats Solo3 dan Beats Pill sahaja ditawarkan. Apple masih komited menjual produk audio di bawah jenama Beats walaupun sebelum ini kedengaran ura-ura mereka ingin mematikannya bagi menumpukan perhatian kepada produk AirPods dan HomePod mereka sendiri.

Komen