Microsoft Turut Ingin Membawa Alam Meta Bersama Arena Permainan

Diterbitkan pada Nov 3, 2021. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Microsoft hari ini telah berkongsi perancangan memperkenalkan alam meta tersendiri melalui Microsoft Teams. Ini sekaligus akan membolehkan pengguna perusahaan menikmati mesyuarat atau melawat sesuatu lokasi dengan pengalaman lebih menyeluruh secara maya.

Selain daripada untuk pengguna perusahaan, Microsoft turut ingin membawa alam meta bersama permainan.

Satya Nadella mengatakan mereka sedia menawarkan permainan berbentuk dalam alam meta pada hari ini.

Halo sebagai permainan adalah dalam dunia meta. Minecraft adalah dunia meta. Malah, termasuk Flight Sim”, menurut Satya Nadella.

Apa pun, pada hari ini ia adalah dalam bentuk dua dimensi, dan Microsoft turut ingin membawa ia ke dunia meta dalam bentuk 3D, supaya pengguna dapat menikmati pengalaman lebih menyeluruh.

Satya Nadella turut mengatakan Microsoft memfokuskan kepada aplikasi yang praktikal untuk alam meta ini berbanding yang lain.

Komen sekarang

komen

© Amanz / 2021 Kami