Pixel 3 Akan Menerima Satu Lagi Kemaskini Awal 2022 Kelak

Diterbitkan pada Nov 3, 2021. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Dilancarkan pada Oktober 2018 dan kini sudah pun November 2021, Google Pixel 3 dan Pixel 3 XL secara rasminya telah tamat sokongan kemaskini perisian. Usia peranti ini sudah pun tiga tahun dan ia sempat menerima kemaskini Android 12 dengan kemaskini tampalan sekuriti Oktober. Buletin sekuriti Android untuk November pula tidak menyenaraikan kedua-dua peranti ini.

Pixel 3 dan Pixel 3 XL dengan cip Snapdragon 845, kamera 12.2MP, model XL dengan takuk besar dan lebar walaupun bukanlah model Pixel yang terbaik – ia masih digemari ramai. Walaupun peranti sudah diisytiharkan sebagai EOL end of life, Google dikatakan akan memberikan satu lagi kemaskini bagi kedua-dua peranti ini.

Suku pertama 2022 akan datang, Google akan berikan satu kemaskini terakhir sebagai penamat sokongan perisian kepada peranti ini. Ia dikatakan adalah tampalan sekuriti satu lagi dan bukan satu kemaskini besar pun. Apa-apa pun agak menarik untuk melihat Google masih ambil berat ke atas model lama ini.

Komen sekarang

komen

© Amanz / 2022 Kami