Sokongan Kemaskini Google Pixel 3 Kini Tamat

Diterbitkan pada Nov 2, 2021. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Google Pixel 3 dilancarkan pada Oktober tahun 2018. Pixel 3 dengan saiz kompak skrin 5.5″, OLED FHD+, bateri 2915mAh, dijana Snapdragon 845 dan mempunyai kamera 12.2MP. Pixel 3 XL pula skrin bertakuk lebar keranan kamera swafoto sudut ultra lebar, saiz 6.3″ P-OLED QHD+, cip sama, kamera sama dan bateri 3430mAh.

Pixel 3 ini boleh dikatakan cubaan ketiga Google yang masih tidak menjadi. Tetapi Google masih berpegang dengan janji 3 tahun kemaskini, di mana Oktober lalu ia masih terima kemaskini Android 12.

Kemaskini tampalan sekuriti yang diterima Oktober lalu juga merupakan kemaskini terakhir, kerana dalam buletin sekuriti November – peranti ini sudah tidak disenaraikan.

Kami yakin ada dikalangan pembaca menggunakan peranti ini. Eloknya yang ada data sensitif, permesejan dipindahkan ke peranti yang lebih baru dan jadikan peranti yang sudah tamat tempoh ini sekadar peranti sandaran.

Komen sekarang

komen

© Amanz / 2022 Kami