Carian
Adakah Tempoh 36 Bulan Terlalu Panjang Untuk Kontrak Membeli Telefon Melalui Pelan Telekomunikasi?
November 22, 2021 Syafia Hani

Pada zaman serba canggih kini, kita dapat lihat banyak peranti pintar menembusi pasaran dengan pelbagai jenis kelas dan tawaran teknologi. Ada yang mampu milik, tapi ada juga dipasarkan pada harga tinggi disebabkan spesifikasinya yang premium dan perkara ini akan menyukarkan anda untuk memilikinya.

Oleh sebab itu selain pelan-pelan internet yang menarik, syarikat telekomunikasi di Malaysia turut menawarkan pelbagai pelan untuk memberi anda peluang memiliki telefon pintar idaman dengan mengikat kontrak untuk beberapa tempoh masa. Kebiasaannya kita selalu dengar mengenai kontrak 24 bulan untuk memiliki telefon pintar. Namun, ia berbeza dengan Maxis Zerolution dimana mereka baru sahaja melancarkan pilihan kontrak 36 bulan dan disini kita akan merungkaikan sama ada adakah berbaloi untuk anda membeli peranti pintar dengan kontrak 36 bulan ini?

Apa Yang Dimaksudkan Dengan Pembelian Telefon Melalui Kontrak?

Pembelian telefon melalui kontrak adalah satu perjanjian yang dilakukan antara syarikat telekomunikasi dan pelanggannya untuk menggunakan perkhidmatan mereka dalam satu tempoh masa yang ditetapkan. Jadi, anda boleh memiliki telefon pintar yang anda inginkan secara ansuran dengan komitmen bulanan yang lebih mampu milik.

Maxis Zerolution Dan Kelebihannya

Maxis Zerolution adalah program pemilikan peranti pintar secara ansuran melalui pelan Maxis Postpaid. Jika kita lihat, kebanyakan syarikat telekomunikasi menawarkan pembelian telefon melalui kontrak dalam tempoh maksimum sehingga 24 bulan. Namun menariknya melalui Maxis Zerolution, anda boleh memiliki telefon pintar terkini dengan bayaran ansuran secara kontrak sama ada selama 24 bulan ataupun 36 bulan untuk peranti-peranti yang terpilih.

Adakah tempoh 36 bulan itu terlalu lama untuk membayar telefon pintar anda secara ansuran? Memang lama. Namun, dengan bayaran secara ansuran melalui kontrak Maxis Zerolution ini, ia membolehkan lebih ramai rakyat Malaysia untuk memiliki telefon pintar pada harga yang lebih rendah berbanding harga pasarannya, terutamanya sekali bagi telefon pintar peneraju berkelas tinggi yang sinonim dengan harga yang lebih mahal.

Berdasarkan gambar rajah di atas, kita dapat lihat bahawa Maxis Zerolution sememangnya menawarkan lebih banyak penjimatan berbanding RRP, iaitu sehingga RM1,011 melalui kontrak selama 36 bulan. Contoh yang diberikan ini hanyalah berdasarkan variasi 256GB yang dipadankan bersama pelan Maxis Postpaid 128. Jika anda melanggan pelan Maxis Postpaid yang lebih tinggi atau peranti yang berspesifikasi yang lagi tinggi, kadar penjimatan anda juga boleh meningkat menjadi lebih banyak sehingga RM1,500.

Perkara ini penting untuk anda pertimbangkan sebelum membeli telefon pintar pada harga pasaran biasa kerana anda dapat menikmati penjimatan yang lebih daripada Maxis Zerolution tidak kira model apa yang anda pilih daripada siri iPhone 13. Ditambah pula dengan kadar faedah 0%, kelebihan-kelebihan lain seperti insurans peranti Maxis SafeDevice dan Maxis Internet Security secara percuma, ini menjadikannya lebih berbaloi untuk anda langgan. Namun, perlu diingatkan bahawa promosi Maxis Internet Security ini hanya ditawarkan sehingga 30 November ini sahaja.

Adakah Maxis Zerolution Hanya Menawarkan Telefon Pintar Sahaja?

Apa yang kami sedar mengenai Maxis Zerolution juga, anda bukan sekadar dapat melanggan telefon pintar sahaja, tetapi anda juga boleh memilih peranti lain, seperti iPad dan juga Apple Watch menggunakan talian anda yang sama, bergantung kepada terma dan syarat yang ditetapkan. Apa yang lebih menariknya adalah pilihan kontrak 36 bulan ini juga ditawarkan untuk iPad dan juga Apple Watch sekaligus memberi pengguna lebih banyak pilihan peranti dan boleh menikmati ekosistem Apple pada harga yang lebih mampu milik.

Secara kesimpulannya, jika anda ingin menggunakan ekosistem Apple, Maxis Zerolution 36 bulan adalah pilihan yang bijak kerana ia menawarkan bayaran bulanan yang rendah. Harga langganan dua peranti untuk tempoh kontrak 36 bulan adalah lebih kurang sama dengan harga langganan satu iPhone 13 untuk tempoh kontrak 24 bulan.

Kesimpulan

Berdasarkan perkara di atas, kita boleh simpulkan bahawa membeli peranti pintar melalui kontrak Maxis Zerolution 36 bulan ini adalah sangat berbaloi, terutama sekali jika anda membeli peranti premium seperti produk-produk Apple. Ini kerana, ia bukan sahaja berbaloi dari segi pemilikan harga, malah ia juga berbaloi untuk kegunaan jangka masa panjang kerana menurut laporan daripada Statista, peranti-peranti Apple mampu bertahan sehingga 6 tahun lamanya. Jadi anda tidak perlu risau tentang kontrak 36 bulan ini kerana siri iPhone 13 masih lagi akan relevan dan dapat bertahan lama walaupun selepas kontrak 36 bulan telah tamat.

Memang betul anda akan terikat dengan kontrak selama 36 bulan dan anda tidak boleh bertukar kepada syarikat telekomunikasi lain sepanjang tempoh kontrak ini. Tetapi anda tidak perlu risau kerana menurut SKMM, Maxis merupakan syarikat telekomunikasi yang berada di tangga pertama dari segi purata muat turun terpantas dengan kelajuan 27.58Mbps dan juga kadar pendam (latency) yang paling rendah dengan purata 40.64ms. Ini bermakna rangkaian Maxis adalah antara rangkaian yang terbaik untuk dilanggan di Malaysia dengan penawaran internet yang laju dan kurang masalah lengah masa. Untuk maklumat lanjut mengenai pembelian siri iPhone 13, iPad dan Apple Watch melalui Maxis Zerolution, anda boleh layari laman rasmi mereka.

Penafian : Advertorial daripada Maxis

Komen