Cari @ Amanz

Nampaknya bukan hanya peranti di bawah siri Realme C sahaja yang dikemaskini. Sebaliknya, rangkaian peranti di bawah siri Realme Narzo turut menerima penambahan model baharu. Melaluinya, Realme Narzo 50i telah diumumkan dengan spesifikasi kelas permulaan.

Bagi yang berminat, peranti ini ditawarkan di Malaysia pada harga RM499. Walau bagaimanapun, ia masih boleh dibeli pada harga promosi serendah RM399 ketika jualan pertama peranti kelak. Sebagai pilihan, terdapat dua kemasan warna yang disediakan iaitu Mint Green dan Carbon Black.

Bercakap lebih lanjut mengenai spesifikasi peranti, Realme Narzo 50i menggunakan skrin berukuran 6.5-inci LCD beresolusi HD+. Ia juga dijana oleh cip lapan teras dengan kelajuan sehingga 1.6GHz bersama padanan GPU IMG 8322, memori 4GB RAM dan storan dalaman 64GB.

Ia juga menjalankan antaramuka Realme UI Go Edition yang dibina berasaskan Android 11. Kemudian, tetapan kamera utama pula adalah 8MP yang turut disertakan dengan kamera swafoto sebesar 5MP. Spesifikasi lain termasuklah – bateri 5000mAh yang turut menyokong pengecasan berbalik, bluetooth 4.2, bicu audio 3.5mm dan banyak lagi.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd