Cari @ Amanz

Karya NFT “Sang Saka” Dijual Pada Nilai Melangkaui RM45k Di Pentas.io

Oleh Aman

Link Copied!

Pentas.io merupakan salah satu platform tempatan yang memfokuskan kepada jual beli karya NFT. Terbaru, hari ini melalui platform Pentas.io, karya NFT yang dinamakan “Sang Saka #001” dilihat mencatat sejarah tersendiri apabila disenaraikan terjual pada nilai 20BNB.

Pada kadar tukaran semasa, 1BNB adalah sekitar RM2,290, menjadikan transaksi ini berjumlah melangkaui RM45,000.

Jualan ini juga membuka kepada penanda aras baru pada platform berkenaan, dan secara tidak langsung akan meningkatkan lagi nilai karya yang terjual pada platform Pentas dengan penyertaan pembeli-pembeli dengan nilai tinggi.

Selain Sang Saka, terdapat sejumlah karya menarik yang diterbitkan setiap hari melalui Pentas.IO. Mengikut perkongsian Pentas.IO sebelum ini, sekitar 869 NFT dimuat-naik setiap hari secara purata pada platform berkenaan.


Komen ()