Cari @ Amanz

Baru-baru ini, Infinix Note 11 Pro telah diperkenalkan secara rasmi untuk pasaran global. Ia merupakan sebuah peranti yang dilengkapi skrin 6.95-inci dengan kadar segar semula 120Hz, cip MediaTek Helio G96, tri-kamera dengan sensor utama 64MP, bateri 5000mAh dan banyak lagi.

Dalam perkembangan terkini, jenama ini dilihat hadir dengan penawaran Infinix Note 11 pula. Peranti pintar ini hadir dengan skrin 6.7-inci Vivid AMOLED beresolusi FHD+ (1080 x 2400 piksel). Cip MediaTek Helio G88 menjadi pilihan Infinix dan ia kemudiannya dipadankan dengan memori sehingga 6GB RAM serta storan dalaman sehingga 128GB. Sebagai tambahan, ia juga menyokong ruangan tambahan sehingga 2TB.

Bateri pula adalah sebesar 5,000mAh yang turut menyokong pengecasan pantas 33W. Kemudian, tetapan kamera utama terdiri dengan 50MP (utama) + 2MP (bokeh) + QVGA. Sementara itu, kamera swafoto pula adalah sebesar 16MP. Lain-lain spesifikasi termasuklah – pengimbas cap jari sisi, pembesar suara stereo, port sambungan USB-C, menjalankan XOS 10 berasaskan Android 11 dan sebagainya.

Terdapat beberapa pilihan warna yang disediakan seperti Celestial Snow, Glacier Green dan Graphite Black. Buat masa ini, peranti pintar ini sekadar disenaraikan sahaja dan tiada sebarang maklumat berkaitan harga yang ditemui.

Sumber : Infinix Mobile

© 2023 Amanz Media Sdn Bhd