Cari @ Amanz

Netflix dan Astro sedia mengumumkan kerjasama pada bulan Jun 2021 lepas, yang akan membolehkan para pengguna untuk menonton Netflix melalui Astro.

Astro sebelum ini telah mengatakan akan membolehkan pengguna mengaksesnya melalui penggunaan kotak Ultra dan juga Ulti Box. Pengguna Astro boleh lebih berjimat dan menguruskan perbelanjaan dalam satu bil dengan mudah.

Apa pun, sehingga kini, tiada sebarang tarikh diumumkan berkenaan dengan integrasi berkenaan. Namun, kini hadir petanda yang mana integrasi berkenaan akan diperkenalkan pada bulan November ini.

Pihak Netflix sendiri melalui laman sosial mereka telah mula mengacah kehadiran integrasi berkenaan bersama Astro.

Mungkin kita akan mendengar lanjut berkenaan implementasi kedua-dua pihak ini tidak lama lagi.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd