Apple One Premier Bersama Storan iCloud 2TB Dan Fitness+ Kini Boleh Dilanggan – RM69.90 Sebulan
November 4, 2021
Apple
Aman
Bersama-sama pengenalan khidmat langganan Apple Fitness+ untuk pasaran Malaysia, kini pihak Apple turut telah menawarkan perkhidmatan berkas langganan Apple One Premier untuk pengguna tempatan.
Berbanding tawaran biasa, Apple One Premier menawarkan tambahan storan iCloud sehingga 2TB, selain akses ke Apple Fitness+. Akses langganan tambahan ini hadir bersama Apple Music, Apple TV+, dan juga Apple Arcade.

Apple One Premier boleh dikongsikan kepada sehingga lima orang, dan ditawarkan pada harga langganan RM69.90 sebulan.
Komen
Sila log masuk untuk menghantar komen.