Cari @ Amanz

Pada bulan Februari lalu, Xiaomi menjadi pengeluar telefon pintar ketiga terbesar di dunia. Kemudian pada bulan Jun mereka secara sementara mereka menduduki tempat pertama. Kini Lu Weibing, timbalan presiden kanan Xiaomi mengumumkan syarikat menyasarkan akan menjadi pengeluar telefon pintar nombor satu dunia dalam masa tiga tahun.

Bagi mencapai sasaran ini menjelang 2024, beliau berkata Xiaomi akan meningkatkan jumlah kedai fizikal Xiaomi. Ini adalah kerana 70% jualan peranti masih lagi dilakukan di luar talian. Setakat ini Xiaomi mempunyai 10,000 kedai di China dengan sasaran membuka 30,000 kedai.

Sasaran Xiaomi ini adalah realistik selepas melihat peningkatan pengeluaran peranti mereka tahun lalu. Peranti yang berspesifikasi menarik dipadankan dengan harga yang lebih mampu milik berbanding pesaing mereka. Yang menjadi batu penghalang hanyalah bekalan cip yang kritikal sekarang dengan kesemua pengeluar terjejas di seluruh dunia.

Sumber Gizmochina

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd