Cari @ Amanz

Google Akan Membenarkan Pembayaran Alternatif Di Luar Play Store Di Korea Selatan

Link Copied!

Google akan membenarkan pengguna melakukan pembayaran aplikasi di luar Play Store di Korea Selatan bagi mematuhi undang-undang yang membenarkan pembangun untuk memintas sistem pembayaran yang dikenakan oleh Google pada stor aplikasi mereka. Ini adalah bagi mengelakkan mereka dari dikenakan denda sehingga 3% pendapatan di Korea Selatan.

Sungguhpun alternatif akan diberikan, Google masih ingin meminta bayaran dari pembangunan aplikasi pada peratusan yang lebih rendah. Pembelian ebuku dan penstriman muzik dikenakan potongan 6% berbanding 10%. Aplikasi lain pula dikenakan potongan 11% berbanding 15% dan akhir sekali pada aplikasi popular Google akan mengambil potongan 26% berbanding 30%. Google berkata potongan ini masih diambil bagi menanggung kos operasi seperti meneruskan pembangunan Android, kajian keselamatan platform dan meneruskan operasi Play Store.

Sumber Google Developer Korea


Komen ()