Cari @ Amanz

iPhone X Dengan USB-C Mencapai Nilai Bidaan RM400,000 di eBay

Link Copied!

Beberapa minggu yang lalu, sebuah iPhone X telah berjaya diubahsuai dengan port USB-C oleh Ken Pillonel seorang jurutera di Switzerland. Beliau kini melelong peranti ini di eBay dan setakat pagi ini ia telah mencapai nilai bidaan $100,100 (RM 416,000). Aneh sekali sekiranya anda memenangi bidaan, Pillonel mengenakan beberapa syarat yang ketat kepada pemiliknya.

Mereka harus berjanji untuk tidak melakukan tetapan semula, menggunakannya sebagai peranti kegunaan harian, mengemaskini perisian atau membukanya. Kenapa syarat ini dikenakan adalah misteri tetapi mungkin untuk memastikan iPhone pertama dengan USB-C ini akan dapat berfungsi.

Bagi mereka yang tidak mahu membayar sehingga RM400,000 untuk sebuah iPhone USB-C, Pillonel telah berkongsi tutorial melakukannya sendiri di rumah menerusi video di laman YouTube beliau.


Komen ()