DJI Mavic 3 Kini Boleh Dipratempah Di Malaysia Pada Harga Bermula RM9799

Diterbitkan pada Nov 5, 2021. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

DJI Mavic 3 baru sahaja dilancarkan secara rasmi. Ia merupakan sebuah dron premium yang mengkhususkan kepada videografi menerusi sokongan kamera yang direka oleh Hasselblad dengan kemampuan melakukan rakaman video 5.1K ProRes.

DJI Mavic 3

Bagi yang berminat, DJI Mavic 3 kini boleh dipratempah di Malaysia pada harga RM9,799. Sementara itu, DJI Mavic 3 Combo pula berharga RM12,399 dan DJI Mavic 3 Cine dengan kemampuan rakaman video Apple ProRes serta storan sebesar 1TB pula ditawarkan pada RM22,899. Sesi pratempah boleh dibuat menerusi kedai atas talian rasmi mereka di Lazada dan Shopee bermula hari ini.

DJI Mavic 3 Combo

Bercakap lebih lanjut mengenai DJI Mavic 3, kamera utama Hasselblad adalah 20MP M4/3 CMOS. Sementara itu, sebuah lagi kamera dengan kemampuan zum hibrid 28X. Melaluinya, ia membolehkannya digunakan untuk merakam objek dari jarak jauh tanpa mengganggu atau digunakan untuk melihat kawasan sekeliling sebelum rakaman video pada kamera utama dilakukan. Sistem gimbal tiga paksi memastikan video yang diambil sentiasa stabil.

Selain daripada itu, ia juga boleh terbang sehingga 46 minit dengan kelajuan mencecah 68 km/j dan ketinggian mencapai 6000 meter. Sistem APAS 5.0 memastikan dron boleh terbang dengan selamat tanpa sebarang kemalangan dan kembali kepada pemilik apabila berlaku masalah kawalan. Seperti pendahulunya, DJI Mavic 3 turut mengekalkan rekaan kuad-kipas dan kemampuan boleh dilipat untuk disimpan tanpa memakan ruang yang besar.

Komen sekarang

komen

© Amanz / 2021 Kami