Telegram Akan Perkenal Pelan Langganan Berbayar Untuk Permesejan Bebas Iklan

Diterbitkan pada Nov 7, 2021. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Telegram sedia mula mengintegrasikan dan memperkenalkan pengiklanan pada perkhidmatan permesejan mereka. Pengenalan berkenaan menerima reaksi berbeza daripada pelbagai pengguna, dan ramai yang tidak menyukainya.

Selari dengannya, kini Telegram mengatakan mereka akan memperkenalkan perkhidmatan langganan berbayar pada kadar rendah, sekaligus menikmati perkhidmatan bebas iklan.

Telegram Sponsored Mesej

Dengan langkah ini, Telegram mengatakan pengguna boleh terus menyokong perkhidmatan berkenaan dalam bentuk kewangan, selain turut menikmati perkhidmatan bebas iklan. Beberapa syarikat media sedia mengikuti langkah ini dalam terus memastikan perkhidmatan mereka disokong secara kewangan, dan turut memberikan pengalaman yang baik kepada pengguna.

Pada masa yang sama, Telegram turut mengatakan yang mana Telegram hanya akan memaparkan iklan pada saluran sahaja, dan bukannya pada permesejan persendirian atau berkumpulan.

Komen sekarang

komen

© Amanz / 2022 Kami