Cari @ Amanz

Boeing Turut Akan Menawarkan Perkhidmatan Internet Menggunakan Satelit

Link Copied!

Boeing akan menjadi sebuah lagi syarikat yang akan melancarkan perkhidmatan Internet menggunakan satelit mereka. Mereka menerima kebenaran dari FCC untuk melancarkan 147 satelit dengan 132 daripadanya diletakkan di orbit bumi rendah (LEO) dan 15 lagi geosegerak dengan bumi pada orbit lebih tinggi.

Boeing Black

Perkhidmatan internet satelit Boeing akan menawarkan perkhidmatan Internet jalur lebar kepada pengguna di Amerika Syarikat, Puerto Rico, dan Virgin Islands terlebih dahulu sebelum dikembangkan ke seluruh dunia. Dengan kemasukan Boeing, wujud satu lagi pesaing kepada SpaceX Starlink dan Amazon Project Kuiper.

Sungguhpun begitu Boeing mempunyai satu kelebihan kerana menggunakan jalur-V yang membolehkan mereka menawarkan Internet satelit pada kelajuan lebih tinggi berbanding Starlink dan CONNECTMe NOW yang menggunakan jalur-Ku dan jalur-Ka.


Komen ()