Cari @ Amanz

Alphabet Menubuhkan Isomorphic Labs Yang Mencipta Ubat Menggunakan Kecerdasan Buatan

Link Copied!

DeepMind ialah kecerdasan buatan yang pada awalnya dicipta untuk mengalahkan manusia dalam permainan Go sebelum kemudiannya mengalahkan pemain manusia dalam Starcraft. Selepas bersara DeepMind kemudiannya mempunyai kemampuan meramal cuaca dengan ketepatan tinggi serta membantu menganalisa prestasi pasukan Liverpool. Iterasi seterusnya untuk DeepMind ialah mencipta ubat baharu menggunakan kecerdasan buatan.

Sebuah syarikat baharu Isomorphic Labs ditubuhkan dari DeepMind oleh Alphabet bagi tujuan ini. Kecerdasan DeepMind didapati boleh meramalkan konfigurasi protein yang kemudiannya digunakan untuk membangunkan ubat yang berguna di masa hadapan. Demis Hassabis yang merupakan pengasas DeepMind dilantik menjadi ketua pengarah eksekutif Isomorphic Labs.

Alphabet berkata Isomorphic Labs akan menjadi antara pelopor bidang baharu ‘biologi digital’ yang menggunakan kecerdasan buatan dalam bidang perubatan. Kecerdasan buatan AI akan mempercepatkan penemuan ubat, dan akhirnya, mencari penawar untuk beberapa penyakit bahaya.


Komen ()