Carian
Microsoft Surface Laptop SE Diperkenalkan – Surface Berharga Terendah, Ditujukan Untuk Pelajar Sekolah
November 10, 2021 Aman

Bersama-sama dengan pengenalan Windows 11 SE, Microsoft juga turut memperkenalkan komputer riba pertama yang menggunakannya, iaitu Surface Laptop SE.

Surface Laptop SE ditujukan untuk para pelajar sekolah, hadir dengan skrin 11.6-inci dengan paparan HD, serta dijana dengan cip Intel Celeron. Ia hadir dengan dua variasi, iaitu dengan pilihan 4GB RAM dan juga 8GB RA, selain storan 64GB eMC atau 128GB eMMC.

Microsoft turut menyertakan port USB-A dan USB-C bersama dengannya, selain mengatakan ia mempunyai ketahanan bateri sehingga 16 jam untuk penggunaan sepanjang hari.

Melengkapkan komputer riba ini juga adalah kamera hadapan HD untuk memudahkan panggilan video untuk pembelajaran dan perbincangan.

Selain Microsoft, sejumlah pengeluar lain turut dijangka menawarkan komputer berasaskan Windows 11 SE tidak lama lagi.

Komen