Twitter Blue Dilancarkan Di Amerika Syarikat Dan New Zealand Pula

Diterbitkan pada Nov 10, 2021. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Perkhidmatan langganan Twitter Blue kini dikembangkan pula ke Amerika Syarikat dan New Zealand pula selepas sebelum ini hanya diberikan kepada pengguna di Kanada dan Australia. Dengan langganan bulanan Twitter Blue, pelanggan diberikan beberapa ciri menarik untuk digunakan.

Antaranya ialah ciri Undo yang menarik semula ciapan yang sedang dihantar serta pentas melihat ciapan terlebih dahulu sebelum dihantar. Pelanggan juga boleh membaca artikel dari The Washington Post, L.A. Times, USA TODAY, The Atlantic, Reuters, The Daily Beast, Rolling Stone, BuzzFeed, Insider dan The Hollywood Reporter tanpa sebarang iklan apabila pautan ditekan pada susur masa Twitter.

Selain itu pelanggan turut boleh mengkustomasi butang pintasan pantas pada aplikasi Twitter, menghantar video sehingga 10 minit, dan Reader yang mengubah ciapan dalam bebenang panjang menjadi satu perenggan yang lebih mudah dibaca. Twitter Blue boleh dilanggan dengan bayaran $2.99 / NZ$ 4.49 sebulan.

Komen sekarang

komen

© Amanz / 2021 Kami