Samsung Mengesahkan Tiada Cip Exynos Baharu Akan Diperkenalkan Pada 19 November
November 11, 2021
Samsung
Effi Saharudin
Samsung akan mengadakan sebuah acara khas pada 19 November hadapan dan pada awalnya ramai meramalkan cip Exynos 2200 dengan GPU AMD akan akhirnya diperkenalkan secara rasmi. Tetapi Samsung telah mengesahkan secara rasmi tiada cip Exynos baharu akan diperkenalkan pada acara tersebut.
Pada imej acah yang dikongsi di media sosial mereka, Samsung menyentuh mengenai kemampuan grafik. Jadi mungkin juga hanya GPU akan diperlihatkan terlebih dahulu sama seperti yang dilakukan oleh AMD pada acara mereka. Tinggal hanya beberapa hari sahaja lagi sebelum acara ini berlangsung dan seperti biasa maklumat pastinya akan tertiris juga akhirnya.
Komen
Sila log masuk untuk menghantar komen.