Cari @ Amanz

Minggu lepas, Netflix Games telah dilancarkan untuk pengguna Android di seluruh dunia. Melaluinya beberapa permua yang sedia ada di Play Store yang dibangunkan oleh Netflix akan terpapar dalam aplikasi Netflix di lajur baharu – Mobile Games. Setiap permua ini perlu dilog masuk dengan akaun Netflix Games, iaitu akaun Netflix dengan langganan minima pelan Standard.

Netflix Games – Android

Terkini, Netflix Games telah diperkenalkan untuk iPhone dan iPad pula. Tetapi, pengguna tidak akan lihat permua ini di dalam aplikasi Netflix. Sebaliknya hanya satu langkah awal kepada pengguna iOS dan iPadOS untuk mencuba permua daripada Netflix. Setiap permua ini perlu dilog masuk dengan akaun Netflix Games. Berikut adalah senarai permua yang ada;

Jika sudah ada akaun Netflix dengan sekurang-kurangnya pelan Standard, permua boleh terus dimainkan tanpa sebarang caj tambahan atau belian dalam aplikasi. Seterusnya, buat pertama kali sejak 2018 Apple membenarkan pengguna melanggan ke pelan Standard Netflix bernilai RM44.90 (~RM45 di web/Android) melalui App Store. Ia dihentikan sebelum ini kerana caj komisen mencapai 30% yang dikenakan Apple.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd