Cari @ Amanz

Samsung Beri Kain Lap Percuma Untuk Pengguna Di Jerman

Oleh Aman

Link Copied!

Seperti ramai sedia maklum, Apple sedia menjual kain lap mereka pada harga RM99 – dan kain berkenaan sendiri habis dijual. Tempahan baharu untuk kain lap berkenaan kini dilihat hanya akan diterima pada tahun 2022 kelak.

Namun, untuk pesaing terdekat Apple, iaitu Samsung, mereka mengambil langkah berbeza. Di Jerman, Samsung hadir dengan promosi khusus yang menawarkan kain lap keluaran mereka secara percuma untuk pengguna Samsung Galaxy.

Samsung menawarkan kain empat segi sama 20cm kepada pengguna Samsung Galaxy. Ia diberikan secara percuma, dimana pengguna perlu tebusnya melalui aplikasi Samsung Members.

Penawaran ini dilihat hanya di Jerman sahaja. Semakan kami di aplikasi Samsung Members memperlihatkan tiada promosi sama untuk pengguna Malaysia buat masa ini.


Komen ()