Spotify Kini Membenarkan Pengguna Menyekat Pengikut

Diterbitkan pada Nov 11, 2021. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Tahulah anda yang sebenarnya Spotify juga ada ciri seakan media sosial, di mana setiap pengguna boleh mengikuti di antara satu sama lain? Melaluinya, senarai main dan muzik kegemaran atau juga muzik yang kerap distrim dapat dilihat oleh semua orang yang mengikuti anda.

Ciri ini mungkin bukannya fokus utama, tetapi ia masih diberi perhatian oleh Spotify. Terkini, Spotify membenarkan pengguna menyekat pengikut daripada mengakses profil anda. Secara tidak langsung senarai main, artis dan lagu kegemaran semuanya tidak lagi boleh dilihat. Ciri menyekat ini mudah diakses, buka profil dan terus tekan sekat. Jika anda sudah boleh maafkan atau menerima kembali apa jua kesalahan pengikut anda, anda juga boleh nyahsekat mereka kembali.

Ini adalah sepertimana Spotify ciri menyekat artis tertentu agar mereka yang tidak minat boleh langkau dan tidak menstrim karya mereka. Buat masa ini, kami masih tidak menemui ciri ini pada Android dan iOS walaupun sudah mengemaskini versi terkini. Ia mungkin akan diedarkan secara meluas dalam minggu ini.

Komen sekarang

komen

© Amanz / 2022 Kami