Codec AV1 mula digunakan oleh Netflix pada peranti Android pada bulan Februari 2020. Dengan codec AV1, kualiti visual yang lebih tinggi dapat dinikmati dengan kadar bit yang sama. Ia juga mengurangkan penggunaan jalur lebar untuk menstrim kandungan. Netflix kini mengumumkan sokongan AV1 mula diberikan pada beberapa model televisyen pintar, Fire TV, Android TV dan PlayStation 4 Pro.
Sokongan ke atas kesemua model televisyen pintar belum diberikan kerana AV1 memerlukan peranti dengan kuasa memproses yang tinggi kerana keperluan menyahkod video yang lebih tinggi berbanding coded VP9 yang digunakan sebelum ini. Selain menawarkan kualiti video yang lebih tinggi sehingga 10-bit, penggunaan codec AV1 juga akan mengurangkan kos kepada Netflix kerana mereka tidak perlu melakukan pembayaran royalti. Menurut laporan The Verge, di bawah ialah senarai televisyen pintar yang menyokong AV1 pada waktu ini.
- Televisten pintar Samsung UHD 2020
- Televisten pintar Samsung UHD QLED
- Televisyen pintar Samsing 8K QLED 2020
- Samsung The Frame 2020
- Samsung The Serif 2020
- Samsung The Terrace 2020
- Sony PlayStation 4 Pro
- Amazon Fire TVdengan Fire OS 7 dan ke atas
- Android TV dengan Android OS 10 dan ke atas