Amerika Ingin Mewajibkan Teknologi Anti Pemandu Mabuk Pada Kenderaan Menjelang 2026

Diterbitkan pada Nov 11, 2021. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Dua tahun yang laku kes kemalangan melibatkan pemandu mabuk ditularkan di Malaysia setiap kali ianya berlaku. Kerajaan digesa untuk meningkatkan hukuman ke atas pemandu mabuk di negara kita tetapi sehingga kini ia masih belum dilakukan. Di Amerika Syarikat masalah pemandu mabuk juga serius seperti di negara kita dengan ia dianggarkan mengakibatkan 10,000 kematian yang bersamaan dengan 30% kematian akibat kemalangan di negara tersebut.

Jaguar-Land-rover pengecaman wajah kereta kamera

Kini kongres Amerika Syarikat ingin mewajibkan teknologi anti pemandu mabuk disertakan pada kesemua kenderaan baharu menjelang 2026. Dalam pelan pembangunan infrastruktur bernilai $1 trilion yang baru diluluskan pentadbiran Presiden Biden, $17 bilion diperuntukkan untuk meningkatkan keselamatan jalan raya.

Tempoh sehingga 2026 diberikan bagi memberikan masa yang cukup untuk pengeluar kenderaan menyertakan teknologi anti pemandu mabuk pada kenderaan mereka. Terdapat beberapa teknologi telah dibangunkan sebelum ini pemandu perlu menghembus nafas sebelum enjin boleh dihidupkan. Jam tangan pintar yang mengesan kandungan alkohol dalam darah juga pernah dibangunkan dengan kenderaan tidak boleh dihidupkan jika pemakai dikesan mabuk.

Selain itu sistem kamera dan kecerdasan buatan juga mungkin boleh digunakan. Sudah wujud sistem yang memantau pemandu dengan melihat tahap tumpuan mata pemandu yang mengantuk. Apabila dikesan pemandu diarahkan berhenti. Sistem ini mungkin boleh diubah untuk memberhentikan kenderaan di bahu jalan apabila mengesan pemandu mempamerkan petanda sedang mabuk.

Sumber USNews

Komen sekarang

komen

© Amanz / 2021 Kami