Ahli Kongres Amerika Mencadangkan RUU Membenarkan Pengguna Media Sosial Mematikan Algoritma

Diterbitkan pada Nov 11, 2021. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Sedekad yang lalu apabila bercakap mengenai algoritma, ia dilihat sebagai perkara positif kerana menyambungkan pengguna kepada kandungan yang mungkin diminati dan rakan yang sudah lama tidak dihubungi. Tetapi algoritma di media sosial kini mempunyai konotasi buruk kerana data digunakan untuk menyasarkan iklan dan kandungan negatif tanpa diminta.

Beberapa ahli kongres Amerika Syarikat kini mencadangkan Filter Bubble Transparency Act yang mengarahkan pemilik media sosial memberikan pilihan kepada pengguna untuk mematikan algoritma. Ini adalah kerana algoritma sedia ada menggunakan data pengguna. David Cicilline, wakil kongres yang menyokong RUU ini berkata Facebook dan platform media sosial dominan yang lain memanipulasi pengguna melalui algoritma serta mengutamakan pertumbuhan dan keuntungan. Pengguna terperangkap kerana tiadanya alternatif kepada model perniagaan yang mengeksploitasi mereka.

Dengan RUU ini, Amerika mengikut langkah China yang turut memperkenalkan mengumumkan draf garis panduan untuk mengawal penggunaan algoritma oleh firma-firma teknologi. Antara garis panduan yang diberikan ialah algoritma tidak boleh digunakan untuk mewujudkan ketagihan kepada pengguna untuk membeli, membahayakan ketenteraman awan dan mengancam keselamatan negara. Pengguna pula perlu diberikan kuasa untuk mematikan algoritma dalam aplikasi yang digunakan. Sebarang algoritma yang boleh mengusai persepsi orang ramai pula perlu terlebih dahulu mendapat kelulusan kerajaan.

Sumber Axios

Komen sekarang

komen

© Amanz / 2022 Kami