Poco F3 telah dilancarkan pada penghujung Mac yang lalu. Di awal pengenalannya, ia dianggap sebagai pembunuh peranti mercu generasi baru menerusi penggunaan cip Snapdragon 870. Pada masa sama, ia juga ditawarkan dalam tiga pilihan warna seperti Night Black, Artic White dan Deep Ocean Blue.
Kini, mereka hadir dengan pilihan warna baharu yang dikenali sebagai Moonlight Silver. Ia diperkenalkan sewaktu pengenalan Poco M4 Pro 5G, tempoh hari. Bagi yang berminat, ia sudah mula ditawarkan di Malaysia pada harga bermula RM1,399 (6GB+128GB) dan RM1,699 ( 8GB+256GB).

Ia bagaimanapun, masih boleh dimiliki pada harga promosi serendah RM1,199 (6GB+128GB), manakala model 8GB + 256GB pula berharga RM1,399. Penawaran ini tersedia sementara stok masih ada. Untuk makluman, tiada sebarang perubahan untuk spesifikasi dalaman yang dibuat oleh Poco pada peranti ini.
Sumber : Poco Malaysia