Huawei Menawarkan Program Gantian Bahagian Sebelah TWS Pada Separuh Harga Di China

Diterbitkan pada Nov 12, 2021. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Walaupun Huawei di pasaran global tidak lagi gah seperti zaman mereka masih boleh menggunakan GMS pada peranti mereka. Ia tidak menghalang mereka untuk terus berkembang maju dan cuba menarik perhatian peminat.

Di China, jenama Huawei masih kuat dan digemari ramai. Jika sebelum ini pengguna peranti lama ditawarkan untuk menaik taraf storan, terkini Huawei telah menawarkan perkhidmatan pelanggan khusus untuk produk audio pula.

Di China, pengguna Huawei FreeBuds 4i, FreeBuds 4 dan FreeBuds Pro ditawarkan program gantian fon telinga sebelah yang hilang atau rosak. Dengan jaminan selama dua tahun, pengguna boleh dapatkan bahagian sebelah fon telinga TWS mereka pada separuh harga jualan asal.

Menurut Android Authority, Huawei turut akan menawarkan program gantian ini di luar China di masa akan datang. Bila? Masih tidak diketahui lagi. Apakah pendapat anda mengenai hal ini? Adakah patut semua pengeluar TWS menawarkan program gantian yang sama?

Komen sekarang

komen

© Amanz / 2021 Kami