iPhone Dengan USB-C Dijual Pada Harga RM358,000

Diterbitkan pada Nov 12, 2021. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Beberapa minggu yang lalu sebuah iPhone X dengan port USB-C telah ditawarkan di laman eBay. Selepas lelongan dibuka, harga peranti unik ini berjaya mencecah nilai bidaan $100,100 (~RM 416,00). Tetapi akhirnya peranti hanya berjaya dijual pada harga $86,001 (~RM358,00) selepas beberapa bidaan yang lebih tinggi sebenarnya hanya diletakkan oleh individu yang tidak serius.

-C

Individu yang membeli iPhone X ini perlu mematuhi beberapa syarat yang dikenakan oleh penjualnya Ken Pillonel seperti tidak boleh melakukan tetapan semula, mengemaskini perisian dan menggunakannya sebagai iPhone kegunaan harian. Bagi mereka yang ingin mempunyai iPhone dengan USB-C, Ken Pillonel telah memuat naik video bagaimana ia boleh dilakukan sendiri di rumah.

Komen sekarang

komen

© Amanz / 2021 Kami