Siri Oppo N Dijangka Kembali Pada Tahun 2022

Diterbitkan pada Nov 13, 2021. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Oppo N merupakan siri daripada Oppo yang memfokuskan kepada inovasi pada bahagian kamera. Sebelum ini, kita sedia melihat pengenalan Oppo N yang hadir dengan rekaan kamera boleh diputarkan untuk rakaman hadapan dan belakang, dan kemaskini untuknya yang turut menyertakan sokongan mekanikal.

Kini, mengikut desas-desus awal, Oppo dijangka akan kembali dengan siri Oppo N pada tahun 2022 kelak. Ura-ura berkaitan pengenalan peranti berpengecasan pantas 125W turut menyenaraikan siri Oppo N dibawahnya.

Buat masa ini, ia tidak diketahui lagi apakah kejutan yang disediakan Oppo melalui siri Oppo N mereka. Mungkinkah kita melihat peranti boleh-lipat atau dengan skrin boleh-tarik daripada Oppo dijenamakan dibawah siri Oppo N ini?

komen


© Amanz / 2022 Kami