Infinix Hot 11 Play merupakan penawaran baharu daripada jenama yang berpangkalan di Hong Kong ini. Ia sekaligus menyertai Infinix Hot 11 dan Hot 11S yang telah dilancarkan sebelum ini. Melihat pada penawarannya, ia merupakan peranti dengan janaan cip MediaTek Helio G35. Di samping itu, ia juga dilengapi skrin dan bateri besar yang menjadi pilihan bagi kebanyakan pengeluar hari ini.
Untuk spesifikasi khusus, Infinix Hot 11 Play menampilkan paparan sejenis IPS LCD berukuran 6.82-inci beresolusi HD+. Terdapat kamera swafoto tunggal sebesar 8MP yang diletakkan pada dalam takuk kecil bersama skrin sejenis rata. Ia kemudiannya dipadankan dengan sokongan memori sebesar 4GB RAM dan storan dalaman 128GB.
Tetapan kamera adalah 13MP + AI Lens. Peranti juga boleh merakam video mencapai 1080/30fps. Bateri yang disertakan pula adalah 6,000mAh. Lain-lain spesifikasi termasuklah – bicu audio 3.5mm, menjalankan sistem Android 11 berasaskan antaramuka XOS 7.6 dan sebagainya.
Terdapat empat pilihan warna yang disediakan seperti unset Gold, Exploratory Blue, Polar Black, and Haze Green. Infinix Hot 11 Play telah dilancarkan di Afrikan dan disenaraikan di laman web rasmi Infinix Global. Pun begitu harga jualan rasminya masih belum diumumkan lagi.
Sumber : Infinix Global