Vivo Malaysia Mengacah Pengenalan Peranti Baharu Dibawah Siri-Y

Diterbitkan pada Nov 15, 2021. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Vivo Y15s baru sahaja dilancarkan di Malaysia pada harga RM559. Ia merupakan sebuah peranti yang dilengkapi cip MediaTek Helio P35, dwi-kamera dengan tetapan 13MP + 2MP dan bateri 5000mAh. Bagi anda yang berminat, sesi pra-tempahan untuk Vivo Y15s telah dibuka sehingga 19 November 2021.

Dalam perkembangan terkini, Vivo Malaysia dilihat memberi bayangan bahawa sebuah lagi peranti baharu bakal tiba di pasaran tempatan tidak lama lagi. Ia berikutan terdapatnya satu poster acah terkini yang telah dimuat-naik oleh Vivo menerusi laman Facebook rasmi mereka, sebentar tadi.

Kapsyen yang disertakan jelas menunjukkan peranti berkenaan adalah Vivo Y76. Tapi sayang, Vivo sekadar mengacah dan tiada sebarang butiran khusus diberikan. Baik dari segi penawaran untuk rekaan luaran mahupun spesifiksi dalaman peranti. Bukan itu sahaja, tarikh pelancarannya juga masih menjadi misteri. Sama-sama kita nantikan untuk kemaskini lebih lanjut berkaitan perkara ini.

Sumber : Vivo Malaysia

Komen sekarang

komen

© Amanz / 2021 Kami