Seperti yang kami laporkan hari ini, dos penggalak hanya akan diberikan oleh kerajaan menerusi Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan kepada golongan tertentu sahaja. Antara yang boleh menerimanya ialah individu yang ingin melakukan ibadah umrah bagi memenuhi keperluan yang ditetapkan oleh kerajaan Arab Saudi.

Kini ciri memohon untuk mendapatkan dos penggalak boleh dilakukan menerusi aplikasi MySejahtera. Pengguna hanya perlu membuka aplikasi, pergi ke bahagian Helpdesk, tekan mula dan kemudian melakukan pilihan melakukan temu janji suntikan penggalan dari dalam aplikasi. Tarikh temu janji akan diberikan kemudian juga menerusi aplikasi sama seperti yang berlaku semasa mendapat dua dos suntikan vaksin sebelum ini.
Bagi mereka yang memerlukan dos penggalak untuk meneruskan pengajian ke luar negara, mendapatkan rawatan perubatan di luar negara, dan bekerja di luar negara anda juga boleh melakukan permohonan menerusi aplikasi MySejahtera sekarang.
Sumber @JKJAVMY