Syarikat Mesin Pembakar Roti Mewah Menghasilkan Balmuda Phone Yang Aneh Ini

Diterbitkan pada Nov 17, 2021. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Tahun ini kita akhirnya melihat Leica akhirnya mengeluarkan telefon pintar sendiri selepas halangan perdampingan ke atas Huawei menyebabkan jualan peranti terjejas teruk. Kita juga pernah melihat syarikat amplifier gitar elektrik Marshall melancarkan telefon pintar mereka tujuh tahun lalu dan Caterpillar pula dengan telefon tahan lasak. Tetapi minggu ini sebuah syarikat yang sebelum ini menghasilkan mesin pembakar roti premium pula melancarkan sebuah telefon pintar.

Balmuda Phone dikeluarkan oleh Balmuda yang mengeluarkan mesin pembakar roti di Jepun. Ia adalah sebuah peranti dengan skrin kecil 4.9″ FHD, dijana cip Snapdragon 765, memori 6GB RAM, storan 128GB dan bateri sebesar 2500 mAh yang menerusi port USB-C. Sistem operasinya pula ialah Android 11.

Kamera utama sebesar 48MP dipadankan pula dengan kamera hadapan 8MP. Peranti mempunyai sebuah pengimbas cap jari pada panel belakang yang membuatkan peranti kelihatan seperti mempunyai sepasang mata. Selain itu peranti juga kalis air IPX4 dengan sokongan NFC bagi menyokong sistem pembayaran nirtunai FeliCa di Jepun.

Satu lagi perkara unik mengenai Balmuda Phone ialah ia mempunyai tubuh melengkung yang dahulunya dipopularkan oleh LG dan Samsung. Pada waktu ini Balmuda Phone hanya ditawarkan di Jepun pada harga 104,800 Yen (~RM 3807) yang amat mahal tetapi selari dengan imej Balmuda yang menghasilkan mesin pembakar roti untuk golongan T20.

Komen sekarang

komen

© Amanz / 2021 Kami