Vivo kini mengumumkan sebuah lagi peranti baharu di bawah siri Y untuk pasaran China. Dikenali sebagai Vivo Y50t, ia membawakan rekaan serta spesifikasi yang sama dengan Vivo Y70t. Bezanya cuma terletak pada penggunaan cip pemproses. Di mana, Vivo Y50t menggunakan cip Snapdrafgon 720G.

Untuk spesifikasi khusus, Vivo Y50t dilengkapi skrin 6.53-inci LCD beresolusi FHD+ dan kadar segar semula standard 60Hz. Ia juga dipadankan dengan GPU Adreno 618, memori 8GB RAM LPDDR4X bersama storan dalaman 128GB UFS 2.1. Ia juga menyokong ruangan tambahan menerusi kad microSD sehingga 1TB.

Tetapan kamera utama adalah 48MP + 2MP + 2MP dan kamera swafoto pula sebesar 8MP (f/2.0). Bateri pula adalah sebesar 4500mAh yang menyokong pengecasan 18W. Spesifikasi lain termasuklah sambungan port mikroUSB, menjalan sistem operasi Android 10 berasaskan OriginOS 1.0, pengimbas cap jari sisi dan sebagainya. Vivo Y50t dijual pada harga RMB1,399 (RM914) dan ditawarkan untuk pasaran China sahaja buat masa ini.
Sumber : Vivo China