Cari @ Amanz

Qualcomm Akan Membekalkan Cip Untuk Kereta Swapandu BMW

Link Copied!

Qualcomm mengumumkan pelbagai perkara baharu pagi tadi seperti ingin menjadi enjin kepada peranti alam meta dan menawarkan pesaing kepada cip Apple M. Satu lagi pengumuman menarik yang dilakukan oleh ketua pegawai eksekutif Cristiano Amon ialah cip Qualcomm akan digunakan oleh BMW pada kereta swapandu mereka dan sistem bantuan pemanduan (ADAS).

Cip yang belum diberikan nama ini bakal digunakan pada kenderaan BMW siri Neu Klasse yang dijangka dilancarkan pada tahun 2025. Ia berasaskan SOC Snapdragon Ride dan platform awanan Qualcomm Car-2 mereka sekarang. Dengan pengumuman ini, Qualcomm memberikan persaingan kepada NVIDIA dan Intel yang turut telah menawarkan cip mereka untuk kegunaan industri automotif. Dengan kemampuan memproses yang tinggi serta kecerdasan buatan terbina, cip Qualcomm boleh memantau kamera 360 darjah yang digunakan pada kereta swapandu.


Komen ()