Cari @ Amanz

Berapakah saiz RAM yang diperlukan pada sebuah telefon pintar? Di Apple 6GB ialah saiz RAM terbesar pada iPhone sementara di Android peranti dengan 18GB RAM sudah menjadi kebiasaan pada telefon pintar untuk permua. ZTE Axon 30 Ultra Space Edition akan dilancarkan pada 25 November hadapan dan ia mungkin telefon pintar pertama dengan RAM mencecah 26GB.

ZTE Axon 30 Ultra Space Edition hadir dengan RAM sebesar 18GB, 2GB lebih besar berbanding Axon 30 Ultra yang dilancarkan sebelum ini. Tetapi Axon 30 Ultra dilengkapi sistem Memory Expansion Pro yang boleh menambah RAM secara maya sehingga 8GB. Secara teorinya Axon 30 Ultra Space Edition boleh mempunyai RAM sehingga 26GB. Pada waktu ini Axon 30 Ultra Space Edition akan hanya dilancarkan di China sahaja dan ini bermakna jika anda ingin peranti dengan RAM yang besar, anda perlu mengimportnya masuk.

Sumber Gizchina

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd