Cari @ Amanz

Apple hari ini telah mula menawarkan MacBook Pro dengan rekaan skrin bertakuk untuk pasaran Malaysia. Selari dengannya juga, kini Apple telah berhenti menawarkan komputer riba mereka dengan cip Intel untuk pasaran Malaysia.

Apple masih kekal menawarkan MacBook Air dan juga MacBook Pro, dimana kesemuanya hadir menggunakan cip pemprosesan yang dibangunkan sendiri, dibawah siri Apple M1.

Bagi anda yang masih inginkan komputer berasaskan Intel daripada Apple, mereka masih menawarkan iMac dengan skrin 27-inci, tetapi ia juga mungkin dihentikan penawaran dalam masa terdekat.

Cip pemprosesan terbaru daripada Apple ini turut hadir dengan sokongan pemprosesan yang berkuasa tinggi, serta pada masa yang sama menjanjikan penggunaan tenaga efisien untuk masa bateri yang lama.

Apple sebelum ini menyasarkan untuk menggunakan cip mereka sepenuhnya dalam tempoh dua tahun, dan mereka dijangka akan mencapainya pada tahun hadapan, 2022.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd